Daulat Tuanku!

Terima kasih patik ucapkan kepada tuanku kerana begitu tegas dalam isu pelantikan Menteri Besar Terengganu.

Nyatalah Idris Jusoh adalah penderhaka kepada raja.  Tidak cukup dengan keengganan menerima keputusan istana, mereka tambah lagi dengan cacian melalui banner dan sepanduk.

Terima Kasih Tuanku!

Isu perlantikan Menteri Besar Terengganu menemukan dua jaguh dari utara iaitu Ketua UMNO Bahagian Besut, Idris Jusoh dengan wakil dari selatan iaitu Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Ahmad Said. Dan gelanggangnya ialah di Kuala Terengganu yang merupakan kawasan yang dikuasai PAS. PAS juga yang menjadi mangsanya!

Ianya juga memperlihatkan kehebatan seorang wakil dari Hulu Terengganu, Rosol Wahid yang menggunakan kedudukan beliau sebagai Setiausaha UMNO Terengganu untuk menjadi jurucakap kepada Idris Jusoh dan 21 ADUN BN yang lain. Di manakah suara ADUN-ADUN yang lain?

Semalam, Ahmad Said telah memaklumkan bahawa dalam masa terdekat ini akan ada ADUN yang menyokong beliau. Atau mungkin Rosol sahaja yang menyokong Idris kerana tidak pernah ADUN-ADUN lain ditemubual. Memang benar kata YB Husam Musa bahawa mungkin ada rahsia yang disembunyikan sehinggakan mereka mempertahankan Idris Jusoh itu sedemikian rupa. Tidak pula PM mempertahankan Shahidan sebagaimana beliau mempertahankan Idris kini. Telahan sesetengah pihak ialah PM ada kepentingan di Terengganu dan tiada di Perlis. Tiada yang boleh memberi kepentingan kepada PM di negeri Darul Iman ini selain Idris Jusoh.

Kebanyakkan ADUN yang menang pada pilihanraya lalu adalah muka-muka baru setelah Idris mencantas ramai muka lama termasuk beberapa orang ketua bahagian. Dan situasi inilah antara penyebab mengapa beliau bertindak sedemikian.

Namun, situasi ini juga membuka ruang politik yang lebih luas kepada mereka semua jika bijak mengambil keputusan. Untuk apa terus berada di belakang Idris yang telah rakus membinasakan Terengganu, berubahlah pula kepada kepimpinan baru yang akan memulihkan kepercayaan rakyat. Nescaya orang pertama yang memecahkan ruyung dengan menyatakan sokongan kepada Ahmad Said pasti akan dilantik sebagai exco. Inilah peluang kepada ADUN BN terutama mereka yang menang tipis baru-baru ini.

Rosol Wahid yang tidak bijak berpolitik itu pasti akan terus terperosok bersama Idris Jusoh. Sedangkan ketua bahagian Hulu Terengganu sendiri tidak menyokong kepimpinan Idris Jusoh. Jika benar yang dikatakan mereka untuk meletak jawatan dan diadakan pilihanraya semula dan ditakdirkan mereka menang juga, ia sama juga seperti sekarang kerana pokok pangkalnya istana yang menolak Idris Jusoh sebagai MB. Memang tidak cerdik tindakan Rosol itu.