Mengapa kerajaan amat takut kepada bloggers?  Dan mungkin sekarang mereka sedang memikirkan satu akta untuk menyekat kebebasan para bloggers.  Dalam hal ini, aku ucapkan syabas kepada Raja Petra kerana berani mempertahankan prinsip hingga sanggup ditahan polis.  Jika ada anugerah khas untuk bloggers, beliau layak memenanginya.

Dalam analisis Pilihanraya umum (PRU) lepas, peranan blog dikatakan amat berkesan dalam mempengaruhi pengundi hingga menjatuhkan kerajaan BN di tempat-tempat yang mudah mendapat akses internet seperti Kuala Lumpur dan Bandaraya lain.  Maka tidak hairan jika BN masih dapat bertahan di kawasan yang kurang akses internet seperti Sabah, Sarawak, Terengganu, Pahang dan Perlis.

Berbalik kepada persoalan di atas, bloggers juga adalah rakyat Malaysia dan mereka menggunakan webblog untuk meluahkan perasaan.  Ada rakyat yang memilih demonstrasi untuk meluahkan perasaan dan ada yang menyebarkan artikel.  Tidak kurang juga yang memilih jalan menaikkan banner.  Lantas mengapa perlu menyekat mereka yang ingin meluahkan perasaan kerana ada kajian psikologi yang mengaitkan kes-kes penyakit mental hingga ada yang membunuh diri adalah disebabkan gagal meluahkan perasaan.

Dalam hal ini, sebenarnya kerajaan amat berkuku besi kerana majoriti bloggers tidak memihak kepada mereka.  Jika para bloggers menyokong kerajaan BN, pasti tidak disekat malah mungkin diwujudkan dana khas untuk bloggers.

Kerajaan BN juga sebenarnya takut kepada bayang-bayang mereka kerana bloggers juga adalah rakyat Malaysia dan artikel-artikel yang dipaparkan di webblog menggambarkan sokongan rakyat kepada kerajaan.  Ianya menjadi lebih menakutkan kerajaan kerana para bloggers tiada peruntukkan kewangan untuk meng’update’ dan membangunkan webblog masing-masing sedangkan website kerajaan yang web masternya dibayar gaji tetap pun jarang meng’update’ website tersebut.

Kenapa bloggers yang tidak dibayar gaji ni rajin sangat update webblog mereka?…