Cukup dengan kenyataan DS Anwar bahawa Pakatan Rakyat sudah memiliki bilangan yang cukup untuk membentuk kerajaan baru. Bermakna akan ada ahli parlimen melompat ke PR secara beramai-ramai. Antara benar atau tidak kenyataan itu, ia sudah menggugat keseluruhan kerajaan yang mentadbir Malaysia sekarang.
Apa tidaknya, lihat saja UMNO yang kian bergolak, cadangan Gerakan, SAPP serta orang kanan MCA untuk keluar Barisan Nasional. Malahan tindakan 50 orang ahli BNBBC melawat Taiwan dan sekarang dikatakan pula berpindah ke Hong Kong adalah menifestasi serangan psikologi DS Anwar. Logiknya tidak timbul soal lawatan sambil belajar secara besar-besaran seperti itu di tambah pula pada bulan Ramadan ini yang mana antara kegiatan utama ahli parlimen di bulan ini adalah melawat kawasan serta berbuaka puasa bersama rakyat.
Muhyiddin, Rais Yatim, Najib Razak dan Zaid Ibrahim sudah memberi signal bahawa Pak Lah sudah tidak mampu untuk menyelamatkan keadaan. ISA kepada tiga orang juga tidak kena pada isunya. Sedangkan Datuk Ahmad bersama penyokongnya yang bertindak mengoyak gambar bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat lebih besar kesan perkaumannya.
Mana-mana aku pergi pun orang ramai sudah biasa berbicara agenda 16 September. Tidak terkecuali anak-anak muda. Inilah yang menjadi kegusaran Pak Lah. Kerana kini dia baru faham yang kuasa ada pada rakyat.
September 15, 2008 at 3:53 am
memang dan macam holywood pulak aku tengok
dulu cerita deris jusoh pegi sorokkan adun
22 adun dikuarantine supaya boikot acara angkat sumpah mb.
skrg 50 org pulak dikuarantine supaya tak dpt jumpa anwar.
cerita lebih kurang jer.
pengarah mesti sama nih!